Pages

Wednesday, February 9, 2011

Tasawwur Islam oleh Dato’ Dr. Haron Din



Nama Dr. Haron Din bukanlah asing dalam negara ni..dia adalah seorang ilmuwan dan ulama’ yang besar, disegani dan dihormati. Aku mula mengenali ketokohannya bila menonton Forum Perdana Ehwal Islam masa aku berumur antara 13 -16 tahun.Memang kalau dia bercakap, ilmu yang disampaikan cukup mengesankan.  Buku Tasawwur Islam ini merupakan salah satu buku yang cukup bermanfaat untuk dibaca.  Beliau memasukkan banyak dalil-dalil teras dan fundamental untuk membantu pembaca memahami apakah yang dimaksudkan dengan Islam. Memang banyak info dan well researched.Antara yang dibincangkan adalah konsep aqidah, tauhid, mukjizat Al Quran, konsep-konsep penting yang perlu difahami seperti wasatiyah dan tawazun, dan lain-lain lagi.

Aku tertarik bila penulis turut memasukkan petikan-petikan golongan kafir laknatullah yang membuat perancangan untuk menjatuhkan Islam. Selain itu, cara penulis menentukan tajuk dan bahan-bahan untuk dimuatkan juga berkesan.  Walaupun setebal 131 muka surat sahaja, tapi buku ni aku kategorikan sebagai heavy reading, kena dibaca secara serius untuk menikmati manfaatnya. Sesuai dijadikan bacaan wajib untuk pendakwah, dan mungkin tak keterlaluan jika aku katakan bahawa  pemahaman Islam kita 'belum sempurna' selagi tak membaca dan mengkaji buku ni.......

So.....sapa kata aku tak baca buku agama ha?

4 comments:

  1. Salam.

    Sejurus menerima pesanan ringkas a.Yusni, lantas menuju ke komputer riba dan menekan alamat yang diberi.

    Nice blog a.Yusni....A.Bob selalu kata bahawa kalau nak tahu buku2 yang terkini, buku bermanfaat, bagus dan sbgnya kena rujuk pada a.Yusni (dan beberapa nama lain lagi).

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas kewujudan blog ni. nampaknya kami berpeluang 'korek' khazanah ilmu yang ada pada abang! alhamdulilLah....

    ReplyDelete
  4. Salam..mana nak dapat buku2 tasawwur karya dato haron din?

    ReplyDelete